Content feed Comments Feed

Pengenalan Hari Koperasi Sekolah

Ketahui sejarah Sambutan Hari Koperasi Sekolah di SMK Seri Kenangan Segamat dengan lebih terperinci di sini!

Aktiviti Wajib

Ikuti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Koperasi SMK Seri Kenangan Berhad!

Aktiviti Pendidikan

Ikuti seminar, ceramah dan pameran yang dijalankan di SMK Seri Kenangan di sini. Semua di hujung jari anda!

Aktiviti Ekonomi

Ikuti aktiviti-aktiviti perniagaan dan jualan di sini!

Aktiviti Sosial dan Budaya

Ikuti pelbagai aktiviti yang menarik seperti pertandingan-pertandingan untuk tatapan anda!
CahayaBiru.com
Aktiviti : Program Usahawan Muda
Tarikh : 23hb Jun 2009
Masa : 3.00 petang

Aktiviti : Acara Menanam Pokok oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Pelajar
Tarikh : 22hb Jun 2009
Masa : 3.00 petang

Aktiviti : Perhimpunan Rasmi Koperasi
Tarikh : 22hb Jun 2009
Lokasi : Dewan Utama, SMK Seri Kenangan
Masa : 8.00 pagi


Perutusan Sempena Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada koperasi sekolah di atas usaha gigih menjayakan sambutan perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2009. Ini merupakan tahun keempat Hari Koperasi Sekolah disambut di peringkat sekolah dan saya percaya setiap koperasi sekolah sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan bagi memastikan sambutan ini memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.

Kementerian Pelajaran sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada sekolah untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Ini memandangkan aktiviti koperasi sememangnya diiktiraf sebagai salah satu aktiviti kokurikulum yang terpenting di sekolah, setaraf dengan kegiatan-kegiatan kokurikulum yang lain. Lebih penting lagi, ianya mampu membantu usaha berterusan Kementerian Pelajaran dalam membangunkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi intelek, emosi dan jasmani. Saya yakin program pendidikan yang dirancang melalui aktiviti koperasi akan mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkebolehan tinggi, dinamik serta berdaya saing, selaras dengan tuntutan ekonomi global masa kini.

Hari Koperasi Sekolah merupakan wadah terbaik dalam menyemai budaya koperasi dan keusahawanan di kalangan para pelajar, kerana pelajar merupakan pewaris kepimpinan koperasi dan juga bakal usahawan negara masa depan. Para pelajar seharusnya merebut peluang-peluang yang ada melalui aktiviti koperasi untuk membangun dan memperkembangkan potensi diri. Pelajar-pelajar juga perlu sentiasa berfikiran positif dan memahami bahawa penglibatan di dalam kegiatan bilik darjah seperti koperasi sekolah ini tidak akan menjejaskan proses pembelajaran, malah ianya merupakan pelengkap kepada proses pembelajaran di bilik darjah.

Dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan usahawan yang berwawasan, pelajar-pelajar ahli koperasi perlu berpandangan jauh sejajar dengan perubahan ekonomi dunia. Hanya dengan cara ini saja, kesinambungan dapat diwujudkan oleh barisan pelapis dalam memastikan gerakan koperasi dapat menyaingi sektor-sektor lain pada masa akan datang.

Tahnia sekali lagi diucapkan kepada semua warga sekolah yang berusaha gigih bagi memastikan perayaan Hari Koperasi Sekolah 2009 dapat disambut dengan jayanya.
Terima kasih.

TAN SRI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN
HARI KOPERASI SEKOLAH 2009
YDP ANGKASA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

ANGKASA ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga sekolah yang
menyambut Hari Koperasi Sekolah (HKS) 2009 pada tahun ini. HKS diadakan bertujuan untuk mewarwarkan tentang peranan koperasi sekolah kepada semua warga sekolah di samping mewujudkan kerjasama yang menyeluruh di antara guru, pelajar, kakitangan, PIBG dan masyarakat setempat.

Pada tahun ini, HKS disambut di peringkat sekolah di seluruh negara pada 21 hingga 27 Jun 2009 bertemakan ”Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan”. ANGKASA sentiasa memastikan setiap Koperasi Sekolah yang melaksanakan HKS mendapat manafaat sepenuhnya daripada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti wajib yang dilaksanakan mempunyai unsur-unsur untuk mewarwarkan kewujudan Koperasi Sekolah kepada masyarakat setempat disamping memenuhi prinsip-prinsip dan nilai-nilai koperasi. Setiap warga sekolah perlu memberi perhatian sebaiknya kepada aktiviti wajib yang dilaksanakan seperti perhimpunan yang mengandungi pembacaan perutusan, nyanyian lagu koperasi,penanaman pokok dan penglibatan Koperasi Dewasa.

Manakala aktiviti pilihan seperti aktiviti Pendidikan, Ekonomi dan Sosial dilihat sebagai usaha memberi ruang dan peluang kepada anggota koperasi untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut. Koperator Muda (Pelajar) boleh memainkan peranan aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dengan bimbingan dari guru-guru yang terlibat. Mereka juga perlu didedahkan dengan Koperasi Dewasa supaya
Koperator Muda faham tentang peranan dan tanggungjawab Koperasi Dewasa dalam gerakan koperasi negara. Ini bersesuaian dengan tema HKS 2009 yang menekankan tentang penglibatan Koperasi Dewasa dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Pelbagai usaha seperti kursus, seminar dan program-program yang dilaksanakan oleh ANGKASA kepada Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa merupakan usaha berterusan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai-nilai koperasi. Sehubungan itu HKS yang diadakan di peringkat sekolah setiap tahun dilihat sebagai usaha terbaik untuk mengeratkan hubungan di antara keduadua komponen koperasi ini.

Diharapkan dengan adanya HKS, koperasi sekolah boleh melaksanakan program atau aktiviti bersama koperasi dewasa yang memberi manafaat kepada warga sekolah. Selamat
Menyambut Hari Koperasi Sekolah 2009.

DATO’ HJ. ABDUL RAHIM ABU BAKAR
Yang Dipertua ANGKASA
PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN HKS 2009
PENGERUSI EKSEKUTIF
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan di atas
kesudian pihak ANGKASA memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah
dua kata sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS).

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak ANGKASA, Kementerian Pelajaran
Malaysia dan juga anggota-anggota Koperasi Sekolah kerana berkat usaha gigih berjaya
mengadakan Hari Koperasi Sekolah 2009 yang bertemakan ‘Intergrasi Koperasi Sekolah
dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan’.

Bagi mewujudkan sinergi di antara Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa, sambutan Hari
Koperasi Sekolah 2009 dilihat sebagai program terbaik untuk mengintergrasikan kedua-dua koperasi ini dan ianya bertepatan dengan tema HKS pada kali ini. Adalah diharapkan dengan mengintergrasikan kedua-dua koperasi ini satu kerjasama dapat dibentuk bagi tujuan memajukan lagi gerakan koperasi di Negara ini.
Koperasi Dewasa telah lama bertapak di Negara kita ini dan objektifnya lebih menumpukan kepada peningkatan sosio ekonomi anggotanya. Manakala objektif penubuhan Koperasi Sekolah adalah untuk memberi pendedahan awal anggota-anggotanya terhadap konsep berkoperasi, keusahawanan dan selok belok perniagaan.

Sehingga 31 Disember 2008, sebanyak 2,048 buah koperasi telah diwujudkan di seluruh
Negara dengan keanggotaan seramai 2,050,790 orang. Koperasi Sekolah di Malaysia
merupakan satu gerakan koperasi yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Manakala
ANGKASA pula sebagai badan puncak koperasi Negara dan merupakan tunjang utama
kepada gerakan Koperasi Sekolah di Negara ini dan sebagai wakil Negara kepada ICA
(Ikatan Koperasi Antarabangsa), koperasi sekolah sentiasa mendapat perhatian utama.
Akhir kata, saya berharap Sambutan Hari koperasi Sekolah 2009 akan dapat memberikan
impak yang positif ke arah perkembangan serta kemajuan terhadap Koperasi sekolah dan
juga Koperasi Dewasa.

Selamat Menyambut Hari Koperasi Sekolah 2009 dan Selamat Maju Jaya.

DATO’ MANGSOR BIN SAAD

Senarai Ahli Jawatankuasa Koperasi SMK Seri Kenangan Berhad

Sesi 2009/2010


Pengerusi:

Puan Hajah Zainab Binti Ismail (Pengetua SMK Seri Kenangan)


Naib Pengerusi:

Encik Mokhtar Bin Mustaffa (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)


Setiausaha:

Encik Rahmat Bin Hashim


Penolong Setiausaha (Pelajar):

Nuramarlina Binti Zahid


Bendahari:

Cik Rozlyn Binti Mohamed


Penolong Bendahari (Pelajar):

Aisyah Fiteri Binti Mohd Zabidin


Pengurusan Kedai Koperasi

Pengurus Kedai:

Encik Mohamad Bin Abd Rahman


Pengerusi J/K Belian:

Puan Zulaiha Binti Jani


Pengerusi J/K Jualan:

Puan Hajah Rashidah Binti Ahmad Dahari


Pengerusi J/K Stok:

Puan Halijah Binti Bidin


Pengerusi J/K Keahlian dan Saham:

Cik Rozlyn binti Mohamed


Ahli Lembaga Koperasi (ALK):
Muhammad Ridzuan Bin Amin
Muhamad Haziq Shah Bin Hussin
Mohd Syafizi Bin Syahrani
Mohammed Hisyamuddin Bin Ibrahim
Bukhari Bin Taher

1. PENGENALAN

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia telah mula disambut sejak tahun 1995 dan tahun ini merupakan tahun ketiga HKS disambut di peringkat sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Tahun 2009 merupakan tahun keempat, HKS di sambut di peringkat sekolah dan pada tahun ini, Koperasi SMK Seri Kenangan Segamat Berhad menjalankan sambutan HKS untuk pertama kalinya. Visi dan misi koperasi sekolah ingin memperlihatkan usaha koperasi sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

2. TARIKH PERAYAAN DAN TEMA SAMBUTAN
Sambutan akan diadakan pada 21 hingga 27 Jun 2009.

Tema sambutan adalah "Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan "

Selamat datang kepada pengunjung ke portal rasmi Hari Koperasi Sekolah 2009 Peringkat SMK Seri Kenangan Segamat. Semoga dengan portal ini akan memberikan informasi kepada anda tentang perjalanan Hari Koperasi Sekolah di sekolah ini.

Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan
Bersama memeriahkan Hari Koperasi Sekolah 2009!

Dari Kami:
Krew HKS09'