Content feed Comments Feed

PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN HKS 2009
PENGERUSI EKSEKUTIF
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan di atas
kesudian pihak ANGKASA memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah
dua kata sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS).

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak ANGKASA, Kementerian Pelajaran
Malaysia dan juga anggota-anggota Koperasi Sekolah kerana berkat usaha gigih berjaya
mengadakan Hari Koperasi Sekolah 2009 yang bertemakan ‘Intergrasi Koperasi Sekolah
dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan’.

Bagi mewujudkan sinergi di antara Koperasi Sekolah dan Koperasi Dewasa, sambutan Hari
Koperasi Sekolah 2009 dilihat sebagai program terbaik untuk mengintergrasikan kedua-dua koperasi ini dan ianya bertepatan dengan tema HKS pada kali ini. Adalah diharapkan dengan mengintergrasikan kedua-dua koperasi ini satu kerjasama dapat dibentuk bagi tujuan memajukan lagi gerakan koperasi di Negara ini.
Koperasi Dewasa telah lama bertapak di Negara kita ini dan objektifnya lebih menumpukan kepada peningkatan sosio ekonomi anggotanya. Manakala objektif penubuhan Koperasi Sekolah adalah untuk memberi pendedahan awal anggota-anggotanya terhadap konsep berkoperasi, keusahawanan dan selok belok perniagaan.

Sehingga 31 Disember 2008, sebanyak 2,048 buah koperasi telah diwujudkan di seluruh
Negara dengan keanggotaan seramai 2,050,790 orang. Koperasi Sekolah di Malaysia
merupakan satu gerakan koperasi yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Manakala
ANGKASA pula sebagai badan puncak koperasi Negara dan merupakan tunjang utama
kepada gerakan Koperasi Sekolah di Negara ini dan sebagai wakil Negara kepada ICA
(Ikatan Koperasi Antarabangsa), koperasi sekolah sentiasa mendapat perhatian utama.
Akhir kata, saya berharap Sambutan Hari koperasi Sekolah 2009 akan dapat memberikan
impak yang positif ke arah perkembangan serta kemajuan terhadap Koperasi sekolah dan
juga Koperasi Dewasa.

Selamat Menyambut Hari Koperasi Sekolah 2009 dan Selamat Maju Jaya.

DATO’ MANGSOR BIN SAAD